Tuesday, October 25, 2011

salam semua.

wah2,da masuk minggu ketiga selepas bercuti selama 2 bulan dahulu.lama aje rasa walaupun baru je 3minggu.kalau cuti ni 3 minggu ni tak terasa. banyak pulak bende yang terjadi selama 3 minggu saya disini,di bumi jauh di selatan jepun.

alhamdulillah Ya Allah,bukanlah Kau jadikan sesuatu itu dengan sia2.biarpun hamba ini terasa ia sungguh tidak baik untukku,tetapi yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk diri aku yang serba kekurangan ini.

satu2 ujian datang.ya untuk menguji dimana tahap kesabaran dalam diriku ini. membuatkan diri ini sentiasa perlu berlapang dada menerima apa sahaja di hadapan.TAWAKKAL, adakah betul2 kita meletakkan tawakkal sepenuh terhadap pencipta kita? tepuk dada tanya diri sendiri.

senang bila disebut,"apa2 pun aku tawakkal kepada Allah" tapi adakah setiap gerakan kita menunjukkan kita sepenuhnya bertawaakkal kita Allah? YaAllah ampunkan hamba mu ini,sekiranya aku belum mencapai tahap tawakal sepenuhnya kepadaMu. Islam bermakna serah diri, dan adakah kita betul2 menyerah diri ini sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta?

dari sehari ke sehari ku melangkah kaki ini dengan mengharapkan kekuatan dariMu YaAllah.tanpa pertolongan Mu YaAllah aku tahu aku tidak mampu berada disini..

semoga diri ini terus kuat! semoga yang terbaik menanti dihadapan..



p/s: sedih sikit :(

4 comments:

  1. ganbatte kak anis... peringatan utk saya juga; sentiasa perbaharui niat dan tekad ^^

    ReplyDelete